Reka bentuk Bendera_Yunani

Perlambangan

Salib putih melambangkan agama Kristian mazhab Ortodoks Timur yang menjadi anutan lazim dan rasmi orang Yunani malah juga negara moden Yunani sejak pembentukan ia.

Sembilan jalur yang ada pada bendera ini dipercayai suku kata slogan dipakai semasa negara tersebut mendapatkan kemerdekaan ia iaitu "Ελευθερία ή Θάνατος" ("Merdeka atau Mati").[1] Bilangan jalur ini juga ada difikirkan melambangkan sembilan Mousai iaitu dewi-dewi seni dan ketamadunan kepercayaan mereka.[1]

Pentakrifan perlambangan warna-warna biru dan putih kurang jelas namun banyak pengkaji Yunani ada kemukakan teori sendiri mengenai muasal pengunaan warna tersebut[2][3][4] seperti dari mitologi Yunani melalui kisah Akhilleus,[3][5] mahupun sebagai warna utama dewi Athena, panji-panji dipakaipasukan Alexander Agung,[2] malah juga bendera dan jata dipakai semasa zaman pemerintahan Empayar Byzantine.[3][5]

Spesifikasi

Bendera ini mempunyai nisbah ukuran sebanyak 2:3.[6]

Warna biru dan putih yang dipakai untuk menghasilkan bendera ini tidak begitu jelas, malah pilihan diputuskan berdasarkan citarasa dan budi bicara penghasil:

PutihBiruColour systemSumberTahunURL
     Putih     286 CPantoneAlbum des Pavillons2000[7]
     Putih     285Manual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 20082008[8]
     Putih     Reflex BlueManual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 20122012[9]
     #ffffff     #005baeRGBAlbum des Pavillons2000[7]
     #ffffff     #2175d8Manual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 20082008[8]
     #ffffff     #004C98Manual bendera untuk Sukan Olimpik Musim Panas 20122012[9]
     0% - 0% - 0% - 0%     100% - 60% - 0% - 5%CMYKAlbum des Pavillons2000[7]